13.
makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh
Allah di atasmakhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah
"Al-Isra"ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan
anak-anakAdam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri
merekarezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan
kelebihanyang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan."2. Nabi Idris a.sAtas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah
manusia mula mempercayaiAllah. Masa berlalu, mereka mula menyembah
berhala nabi mereka.Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak
tuhan dantidak lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang
salahdalam hidup mereka. Pada suatu masa tertentu, Allah telah
mengutuskanNabi Idris A.S. untuk memulih dan membimbing mereka yang
telahhanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam al-Quran seperti
berikut:" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris
(yangtersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang
sangatmembenarkan dan seorang nabi" (Maryam, 19: 56)Seruan dan
PenentanganNabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan yang
satu.Baginda mengarahkan umatnya untuk meninggalkan penyembahanberhala
mereka. Baginda menekankan bahawa mereka tidak bolehdikuasai oleh sifat
cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegahmereka daripada meminum arak
dan minuman lain yang memabukkan.Hanya segelintir sahaja yang mendengar
seruan baginda tetapi majoritidaripada mereka menentang keras terhadap
baginda. Namun begitu,Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus
menyeru tanpa goyahpendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan
kesabaran yangkental."Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli.
Mereka semua termasukorang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan
mereka ke dalamrahmat Kami, sesungguhnya mereka termasuk orang-orang
yang soleh"(Al-Anbiyya, 21: 85-86)Penghijrahan ke MesirWalaupun dengan
usaha yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S.masih tidak dapat
mencapai kejayaan yang sepatutnya dan baginda rasatercabar dengan
kelakuan para penduduk zaman itu. Lalu baginda
13
14. diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya di tebingsungai Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepadapelbagai kumpulan masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuatbaik dan bertamadun. Akhirnya baginda berjaya membawa perubahandari segi moral dan sosial hidup masyarakat tersebut.Kata-kata daripada Nabi IdrisBaginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti berikut:1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.2. Sesiapa yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akanmenghalangnya daripada berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.3. Seseorang mestilah ikhlas dalam pengabdian kepada Allah.4. Berdosa jika melakukan sumpah yang salah.5. Sabar adalah kunci kejayaan6. Sesiapa yang mengawal nafsunya adalah seorang yang bertuah.Golongan yang berbuat baik sahaja akan hidup dalam syafaat daripadaAllah semasa hari pembalasan.7. Sesiapa yang ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnyatidak terlibat dengan perlakuan yang tidak bermoral.Nabi yang MengetahuiNabi Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S.Baginda adalah manusia pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa30 bahagian ayat-ayat suci Allah diwahyukan kepada baginda. Bagindaadalah manusia yang menemui sains astronomi dan aritmetik.Kematian Nabi Idris A.S.Nabi Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarirmengaitkannya dalam Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalahsahabat kepada malaikat di dalam syurga. Malaikat telah mengangkatbaginda ke syurga dan apabila mereka sampai di syurga aras keempat,mereka terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat yang mengiringi NabiIdris A.S. bertanya kepada malaikat maut tentang usia hidup Nabi IdrisA.S. dan malaikat maut menjawab:"Dimanakah Idris ? kerana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya"Nabi Idris kemudiannya bersemadi di syurga aras keempat dan wafat didalam sayap malaikat yang membawanya ke syurga. Mutwaslah adalahsalah seorang anaknya yang diketahui telah membina tanda untuk NabiIdris di bumi. 14
0 komentar:
Posting Komentar